
dia tidak rela langsung nak ikut. Boleh tak pada zaman orang sibuk pegang handphone 3G,
orang sibuk main Facebook, Internet pun dah pakai broadband, abah boleh minta dia buat
perkara macam zaman tuk kaduk. Kahwin atas dasar pilihan keluarga. Oh tidak... sungguh dia tak rela. Tak sanggup !!! Walaupun calon suaminya itu adalah lelaki yang pernah terpahat di hatinya.
Syakirin percaya pada cinta. Kalau tak ada cinta, masakan dia dan lelaki itu boleh hidup bersama. Tak mungkin ! Sayang dari sebelah pihak bukannya boleh bawa ke mana. Lagipun dia balik ke sini sekadar untuk merehatkan mindanya sahaja. Dia sudah lama tidak bercuti di kampung. Tidak disangka pula ada yang datang membawa pinangan dari rumah, nun di seberang jalan. Dahlah dia ni calon tangkap muat. Terasa macam pemain simpanan la pulak ! Walaupun abah tak cakap macam tu, dia bukan budak kecil yang langsung tak tahu apa-apa!
Hampir dua tahun cerita Zaim tidak jadi kahwin dengan Sofea berlalu. Alih-alih malam ini abah meminta persetujuan daripadanya untuk menerima Zaim sebagai suami. Padahal dari awal lagi abah sendiri sudah bersetuju. On behalf lah konon. Minta tolong... bagi laluan... dia bukan kategori teringin hendak kahwin free .
"Mak...." Kirin cuba pula meraih simpati emaknya yang duduk di sebelah abah. "Tolonglah.... tak naklah main paksa-paksa macam ni."
"Abahnya... dahlah tu! Dah budak tu tak nak, buat apa nak dipaksa-paksa." Emak cuba memainkan peranan.
Alhamdulillah... ada orang back up. Mendengarkan emak sudah berpihak kepadanya, laju aja kepala Syakirin mengangguk. Betullah apa kata mak, dah dia tak nak, buat apa nak dipaksa-paksa. Lagipun, takkan abah tak terfikir langsung perasaan anak orang depan rumah tu, nak ke kat dia ni. Dia memanglah ada sikit-sikit feel kat mamat tu... tapi mamat tu ? Huhh!!! Dahlah mereka jauh panggang dari api. Satu kampung tahu yang mamat tu lulusan universiti luar negara. Dia ni pula, setakat sijil SPM tu ajalah yang nak dibawa ke mana-mana. Salah dia juga, masa ada peluang
nak belajar tinggi-tinggi, kononnya gayat. Pemalas sebenarnya!
Eh... tapi sikit-sikit feel tu, dulu-dulu aja tau. Lagipun bukan banyak-banyak. Itu pun masa zaman sekolah. Masa dah rasa diri tu akhil baligh, teringin sangatlah nak kenal apa makna cinta. Tapi rasanya masa tu pun, feel yang ada tu macam suka-suka gitu aja. Ala.... budak-budak sekolah, kan memang suka simpan admire . Dia pun salah seorang daripadanya juga.
Perasaan admire tu pun dah lama hilang bilamana Zaim masuk asrama. Masa tu dia dapat tahu, Zaim ni dah mula pandai nak bercinta-cinta dengan Sofea, budak RPS (Raja Perempuan School) yang duduk dekat Kampung Sri Kinta tu. Yalah.... kena la terima kenyataan, budak STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman) memang matchinglah dengan budak RPS yang konon-kononnya 'Ratu Pilihan STAR'. Lepas tu, Zaim ke luar negara. Cinta hatinya pula melanjutkan pelajaran di Malaysia aja.
Ikutkan dia, mana pernah nak bawa perasaan entah apa-apa tu sampai ke besar macam ni. Lagipun, apabila dah besar ni, terjumpa pula dengan Megat Zakuan yang dirasakan seperti Lelaki Melayu Terakhir ke? Lebih baik panggil lelaki hidung belang atau buaya darat jadian kat mamat sorang ni. Kenapalah dia dipertemukan dengan lelaki yang hampeh dan langsung tak boleh pakai tu ?
Kes terpaksa terima Zaim ni, abah ingat macam dalam babak novel cinta ke ? Kalau kahwin paksa pun, boleh hidup aman bahagia forever. Ini reality la, abah. Dia tak sanggup nak memperjudikan hidup sendiri sekalipun yang abah berkenan tu, Ahmad Zaim Haji Hamidi. Dia ada juga dengar-dengar cerita sumber yang boleh dipercayai, yang mengatakan begitu utuh sekali Zaim dan Sofea ini menyulam cinta. Tiba-tiba bilamana tarikh pernikahan dah dekat, pergi putuskan hubungan pulak. Apa kes ? Tak semena-mena nama Nur Syakirin Abdul Majid yang kena gantikan tempat pengantin perempuan. Apa cerita ni ? Ingat cerita dah habis sampai situ aja. Sebab memang dah 'berabad' dah kes ni berlaku.
"Awak diam! Abah tak kira, ya Nur Syakirin. Selama ini abah bagi kebebasan untuk Kirin berkawan dengan sesiapa yang Kirin nak. Tapi, sampai sekarang, Kirin tetap tak ada siapa-siapa lagi. Kirin dengan Zaim bukannya tak pernah kenal. Dah berkawan sejak kecil lagi. Takkan Kirin tak kasihankan Mak Ton dengan Pak Midi. Dia orang berhajat sangat nak buat Kirin jadi menantu. Mak Ton takut sangat kalau Zaim tak kahwin lepas budak perempuan tu buat dekat dia. Takkan tak boleh berkorban sikit Kirin !" hambur abah dalam satu nafas.
Syakirin memandang abahnya dengan muka tak puas hati. Sekarang abah nak bercakap pasal pengorbanan. Tapi, kenapa dia yang dipilih ? Takkan di kalangan saudara-mara terdekat Mak Ton dan Pak Midi, tak ada yang sanggup nak tolong. Takkanlah tak ada sorang pun yang rela berkorban ? Kenapa mesti dia yang kena berkorban apa saja. Sudahlah pengorbanan itu pun termasuk korban body juga. Kut ya pun Mak Ton takut anak teruna dia jadi bujang lapuk, alasan itu langsung tak boleh pakai. Apa kena-mengena Zaim jadi bujang lapuk dengan dirinya ? Kenapa pula dia yang kena berkorban jadi isteri Zaim ? Masuk akal ke nak buat semua benda tu ? Lagipun, kalau dia masih tak ada siapa-siapa, itu bukan masalah besar padanya. Dah belum ada yang berkenan di hati lepas tragedi putus cinta dengan Megat Zakuan tu. Nak buat macam mana , dah nasib badan tersalah jumpa orang yang boleh dibuat jodoh. Nasib baik juga tahu cerita sebenar sebelum sempat hidup bersama. Kalau tak... tak dapek den nak nolong!
"Tapi, kenapa mesti Kirin, abah ?" Syakirin bertanya sebak. Dia sedih apabila abah meninggikan suara padanya.
"Sebab Zaim yang pilih....." Abah bersuara rendah.
Hah??? Mulut Syakirin ternganga luas.
**********************
"Tak nak, ayah!" bentak Zaim keras.
"Ini keputusan ayah. Kamu mesti terima!" hambur Haji Hamidi.
"Tapi ayah.....takkan tak ada orang lain ? Kenapa mesti Kirin, ayah ?" Zaim menukas.
"Ahmad Zaim, kita dah tak ada masa. Syakirin tu aja yang rela nak bersama-sama menutup malu keluarga kita. Lagipun, umi dan ayah dah lama berkenankan Si Kirin tu. Kamu aja yang sibuk terkejar-kejarkan budak perempuan tu !" Haji Hamidi membalas.
Zaim mengeluh. Ayah cakap benda betul. Gadis yang dipuja rupa-rupanya bukanlah seperti yang dibayangkan. Memang dia terlalu mencintakan gadis itu. Tetapi dia sendiri tak tahu, kenapa kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan. Bertahun-tahun di negara orang, dia tahankan diri daripada tersungkur di hati gadis lain, tetapi sebaliknya pula berlaku.
"Umi.....please, umi. Sungguh, Zaim tak ready nak kahwin, umi. Benda tu dah lama umi..." rayu Zaim sayu. Dia sebenarnya tak memerlukan langsung mana-mana calon sekarang ini. Nak bercinta pun dia fobia, apatah lagi nak berumah tangga. Benda ni pun dah dua tahun berlalu. Tapi kenapa baru sekarang ayah dan umi nak bangkitkan isu yang dah basi ni? Dia pun dah seronok hidup single macam ni, kenapa ayah dan umi beria-ia pula nak carikan somebody . Perkara ni dah lama berlalu, tapi ayah dan umi saja yang masih melatah. Kejadian pengantin perempuan hilang setengah jam sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, memang 'sakit' kalau diingatkan kembali.
**************************
okay.. stop smpai sini. nk tahu lebih lanjut.. ? jomlah beli novel 2 X 5 daripada penulis Areila Sahimi.
bye. tata. :)


Novel 2 X 5 :: areila sahimi ::



















